Apa sebenarnya beza di antara wordpress.com dan wordpress.org eh? Bagi blogger-blogger yang baru pastinya ingin tahu perbezaan antara wordpress.org dan wordpress.com.WordPress.com dan WordPress.org adalah satu platform yang digunakan untuk membuat blog. WordPress.com adalah satu platform yang percuma yang boleh digunakan oleh blogger-blogger tanpa perlu mengenakan bayaran untuk membeli nama domain dan hosting. Anda hanya perlu mendaftar dan ikut arahan yang diberi dan akhirnya siap untuk mengisi ruangan di blog anda. Manakala wordpress.org adalah platform untuk blogging yang berbayar. Bayaran ini digunakan untuk membeli nama domain dan hosting.

 

Penggunaan wordpress.com lebih terbatas berbanding wordpress.org di mana anda tidak boleh untuk menambah tema yang lebih menarik apabila anda menggunakan wordpress.com. Anda hanya boleh menggunakan tema-tema yang telah disediakan di wordpress.com,tetapi anda juga akan dikenakan bayaran sekiranya ingin memiliki tema yang lain. Untuk wordpress.org, penambahan tema-tema yang menarik dapat dilakukan. Anda boleh muat turun tema-tema di internet dan muat naik di blog anda. Selain itu juga, jika anda inginkan plugin yang lebih baik di platform wordpress.com untuk kegunaan blog anda, anda dikehendaki membeli plugin yang tidak percuma. Manakala untuk wordpress.org, anda boleh muat turun plugin yang ada di internet dan muat naik di blog anda. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda dalam berblogging.