...
We are ISO 9001 & MS 1900 Certified

Video Conferencing Camera | 4 kriteria PENTING sebelum membuat pilihan

Bersama saya Muja dari Israk Solution. Pada video kali ini saya akan berkongsi dengan anda kriteria-kriteria sebelum memilih kamera PTZ untuk video conferencing. Sebelum tu jangan lupa subscribe channel kami dan tekan butang like. Maklumat lanjut, sila layari https://www.israk.my/video-conferencing

Mungkin sebelum ini anda sudah menonton video kami, tapi untuk video kali ini kita lebih focus tentang kriteria-kriteria yang penting sebelum memilih kamera PTZ untuk video conferencing.
Yang pertama adalah jenis setup anda. Jika setup anda adalah dari pc ke kamera sahaja, dikira sebagai simple setup. Manakala jika anda adalah professional video production, setup yang mengguna NDI, MCP dan sebagainya dikira advanced setup.

Yang kedua adalah optical zoom atau zoom optik. Zoom optik ini bergantung kepada saiz bilik anda. Sebagai contoh, bilik yang boleh memuatkan meja sepanjang 9 meter dan boleh memuatkan sehingga 15 orang pada satu masa adalah dikira sebagai bilik yang bersaiz sederhana. Jadi untuk bilik ini zoom optik yang mempunyai 12x ganda sudah mencukupi untuk zoom di setiap sudut bilik.

Seterusnya, kriteria yang ketiga adalah resolusi video. Full HD atau 4K. Jika anda inginkan gambar yang jelas dan cantik, resolusi 4K adalah pilihan yang terbaik dan ianya future-proof.
Dan yang terakhir sekali adalah interface. Sebagai contoh model KT-HD80R di sini ada 2 port iaitu port USB dan HDMI. USB port adalah untuk penyambungan terus ke PC atau laptop anda. Manakala HDMI boleh disambungkan dengan recorder bagi tujuan merakam situasi di bilik tersebut.

About Us
Israk Solutions Sdn. Bhd. is leading Professional Audio-Visual & ICT Solutions in Malaysia with over 10 years of continuous business and experience. Our solutions include Digital Signage, Kiosk, LED Display, Interactive Smartboard, Temperature Scanner, Touchscreen & Videowall Solutions.

Facebook : https://www.facebook.com/arviaav/
Twitter : https://twitter.com/arviaav
Youtube : https://www.youtube.com/c/ArviaProAV
Instagram : https://www.instagram.com/arvia.av/
Foursquare : https://foursquare.com/v/israk-solutions-sdn-bhd/527720d1498e344e8909e962