...
We are ISO 9001 & MS 1900 Certified

Kenapa perlu “Fever Screening” dalam menangani pendemik Covid-19 – Melayu

Terdapat beberapa fever screening yang digunapakai seperti termometer perubatan IR, Terminal Pengecaman Wajah, Pengimbas suhu ekonomi dan Sistem Pengimbas Suhu Highend.

1) Bagi mengesan suhu badan yang tinggi / demam
2) Mengurangkan risiko penyebaran Covid-19
3) Membantu kerajaan bagi mengesan rekod lokasi pesakit covid19
4) Memudahkan pengurusan bagi saringan covid-19

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.israk.my/fever-screening-system

i) Pistol termometer perubatan IR. Untuk menggunakan instrumen, arahkan ke dahi subjek. Instrumen ini adalah yang paling murah dan paling mudah tetapi memerlukan sumber tenaga kerja yang banyak yang dikhaskan untuk mengendalikannya. Bagaimanapun, instrumen ini menimbulkan risiko penularan jangkitan ke pengendali.

ii) Terminal Pengecaman Wajah 7″ berasaskan Android dengan pemeriksaan termal. Instrumen ini boleh dipasang di dinding atau diletakkan di atas meja atau lantai. Ia dilengkapi dengan perisian sistem kehadiran pekerja atau pelawat secara percuma dan mengimbas setiap individu yang dikesan 10 orang secara serentak. Ia juga dapat diatur di setiap pintu masuk bangunan untuk menyediakan penyaringan bebas dan cepat.

iii) Pengimbas suhu ekonomi. Ia boleh dipasang pada tripod dan mengeluarkan penggera apabila demam dikesan. Hanya seorang sahaja yang dapat dikesan pada satu-satu masa pada jarak 2 meter dan tiada ciri pengesanan wajah. Ia boleh disambungkan ke TV untuk paparan yang lebih besar. Instrumen ini tidak sesuai digunakan di tempat yang mempunyai trafik laluan orang yang ramai.

iv) Sistem Pengimbas Suhu Highend. Instrumen ini mengenal pasti individu yang demam dari jarak 2-6 meter hingga 20 orang secara serentak, walaupun memakai topeng muka. Pemgimbas mampu melalukan pengesanan suhu dengan real-time dan ini tidak mempengaruhi aliran pergerakan orang walaupun trafik laluan orang yang sibuk. Perisian AI bersepadu menangkap wajah individu dan menyimpan statistik penyaringan untuk analisis kemudian. Kamera dwi penglihatan kami dilengkapi dengan atau tanpa “black body” dan menawarkan resolusi IR yang lebih tinggi dan ketepatan yang lebih baik kurang daripada plus-minus 0.3 ° C.

Fever Screening System